Sistem Peperiksaan Jabatan Audit Negara
 
PEMAKLUMAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN SIRI 1 TAHUN 2023

Adalah dimaklumkan bahawa Tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Siri 1 Tahun 2023 bagi Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit Gred W29  adalah pada 20  hingga 22 Jun 2023 (Selasa hingga Khamis). Sehubungan dengan itu, tarikh permohonan untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah mulai 3 Mac 2023 (Jumaat), manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2023 (Selasa). Oleh itu, semua calon yang memohon diminta untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini dengan merujuk kepada sukatan baru iaitu Sukatan Peperiksaan Jabatan Audit Negara (Pindaan Tahun 2020) yang telah dikeluarkan.  Semua permohonan adalah secara atas talian dan sukatan baru boleh diakses melalui sistem ePeperiksaan Jabatan Audit Negara dan  semua calon dikehendaki untuk mengemaskini semua maklumat peribadi termasuk Tarikh Lantikan Ke Jawatan Sekarang, Maklumat Kelayakan Akademik dan Maklumat Kelayakan Profesional dalam sistem tersebut sebelum membuat permohonan peperiksaan. Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini, pihak tuan/puan dialu-alukan untuk menghubungi En. Jamaludin Julaihi/Azimah binti Kassim di talian 03-80911830/1829.

Lihat semua
 
01 Mar
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN DAN PSL TAHUN 2023 Selanjutnya...
ID Pengguna :
Kata laluan :

Terlupa kata laluan? Klik sini.
Aduan / Cadangan? Klik sini.
 
  • Klik sini, jika anda Kakitangan Audit Negara.
  • Klik sini, jika anda Kakitangan Audit Dalam dan Audit Sekolah.
  • Klik sini, jika anda Calon Menumpang. Cth: PBT/SUK/Lembaga
       
       
    • Klik sini, untuk muat turun Panduan Permohonan Peperiksaan Jabatan Audit Negara.
    • Klik sini, untuk muat turun SUKATAN PEPERIKSAAN JAN (PINDAAN 2020) LATEST 8 OGOS 2022.
     
    Sistem ePeperiksaan ini dilindungi oleh Digital Certificate