Sistem Peperiksaan Jabatan Audit Negara
 
Maklumat Pengumuman
Tajuk : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN SIRI 2 TAHUN 2023 DAN PEPERIKSAAN KHAS PSL TAHUN 2023
Pengumuman :

Dimaklumkan bahawa Tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Siri 2
Tahun 2023 bagi Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit Gred W29 dan
Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan Ke Skim Perkhidmatan Juruaudit W41
Tahun 2023 adalah pada 
21 hingga 23 November 2023
(Selasa hingga Khamis)
.



 



Sehubungan dengan itu, tarikh permohonan untuk menduduki peperiksaan yang
berkenaan adalah mulai pada 
15 September 2023 (Jumaat), manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Oktober 2023 (Isnin).



 



Semua calon diminta untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan
ini dengan merujuk kepada Sukatan Peperiksaan Jabatan Audit Negara (Pindaan
Tahun 2020). Semua permohonan adalah secara atas talian dan sukatan peperiksaan
boleh diakses melalui sistem ePeperiksaan Jabatan Audit Negara.



 



Semua calon dikehendaki untuk mengemaskini
semua maklumat peribadi termasuk Tarikh Lantikan Ke Jawatan Sekarang, Maklumat
Kelayakan Akademik dan Maklumat Kelayakan Profesional dalam sistem tersebut
 sebelum
membuat permohonan peperiksaan.



 



SEBAGAI PERINGATAN KEPADA CALON YANG TELAH
MEMBUAT PERMOHONAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIRI INI, SEBARANG KETIDAKHADIRAN
SEMASA PEPERIKSAAN TANPA ALASAN YANG MUNASABAH AKAN MENYEBABKAN PEMOHONAN
MENDUDUKI PEPERIKSAAN  TUAN/PUAN BAGI
SIRI BERIKUTNYA TIDAK DIPERTIMBANGKAN.



 



Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini, pihak tuan/puan boleh
menghubungi pihak urus setia peperiksaan di talian 03-80911830/1829/1828.

Lampiran : -