Keputusan Peperiksaan
Perkhidmatan Subjek Jabatan Siri 1 Tahun 2023 bagi Skim Perkhidmatan
Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit W29 telah dikeluarkan melalui
Sistem ePeperiksaan Jabatan Audit Negara pada hari ini iaitu pada 8 September
2023. Calon-calon boleh melihat dan mencetak keputusan serta menghantar salinan
keputusan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia/Pentadbiran masing-masing
untuk direkodkan ke dalam Buku Perkhidmatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Unit Peperiksaan di talian 03-8091 1828/1829/1830. |