Sistem Peperiksaan Jabatan Audit Negara
 
Maklumat Pengumuman
Tajuk : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN SIRI 2 TAHUN 2022
Pengumuman : Adalah dimaklumkan bahawa Tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Siri 2 Tahun 2022 bagi Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit Gred W29  dan Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan Ke Skim Perkhidmatan Juruaudit W41 Tahun 2022 adalah pada 28  hingga 30 November 2022 (Isnin hingga Rabu). Sehubungan dengan itu, tarikh permohonan untuk menduduki peperiksaan yang berkenaan adalah mulai 19 September 2022 (Isnin), manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2022 (Jumaat). Oleh itu, semua calon diminta untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini dengan merujuk kepada sukatan baru iaitu Sukatan Peperiksaan Jabatan Audit Negara (Pindaan Tahun 2020) yang telah dikeluar dan dikuatkuasakan bagi mengantikan Sukatan Peperiksaan Jabatan Audit Negara (Pindaan Tahun 2013). Semua permohonan adalah secara atas talian dan sukatan baru boleh diakses melalui sistem ePeperiksaan Jabatan Audit Negara dan  semua calon dikehendaki untuk mengemaskini semua maklumat peribadi termasuk Tarikh Lantikan Ke Jawatan Sekarang, Maklumat Kelayakan Akademik dan Maklumat Kelayakan Profesional dalam sistem tersebut sebelum membuat permohonan peperiksaan. Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini, pihak tuan/puan dialu-alukan untuk menghubungi En. Jamaludin Julaihi di talian 03-80911830.
Lampiran : -