Sistem Peperiksaan Jabatan Audit Negara
 
Maklumat Pengumuman
Tajuk : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN SIRI 2 TAHUN 2020 DAN PEPERIKSAAN KHAS PSL KE SKIM PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41 TAHUN 2020
Pengumuman : Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Siri 2 Tahun 2020 bagi Juruaudit Gred W41 dan Penolong Juruaudit Gred W29 serta Peperiksaan Khas Perkhidmatan (PSL) ke Skim Perkhidmatan Juruaudit Gred W41 adalah pada 17 hingga 19 November 2020 (Selasa hingga Khamis).
Sehubungan dengan itu, tarikh permohonan untuk menduduki peperiksaan yang dinyatakan di atas adalah mulai pada 2 September 2020 (Selasa) manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober 2020 (Khamis). Semua permohonan adalah secara atas talian melalui sistem ePeperiksaan Jabatan Audit Negara.
Kepada pemohon yang telah membuat permohonan untuk Peperiksaan Perkhidmatan Siri 1/2020 diminta untuk membuat permohonan semula bagi Peperiksaan Perkhidmatan Siri 2/2020. Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini, pihak tuan/puan dialu-alukan untuk menghubungi En. Hasnul di talian 03-80911832.
Lampiran : -